A RetroSearch Logo

Home - News ( United States | United Kingdom | Italy | Germany ) - Football scores

Search Query:

Showing content from https://github.com/mujahidfa/docs-ms/issues/1 below:

[Baca ini] Panduan terjemahan istilah dalam Bahasa Melayu · Issue #1 · mujahidfa/docs-ms · GitHub

[Baca ini] Panduan terjemahan istilah dalam Bahasa Melayu

Sila baca panduan ini sebelum menulis terjemahan.

Anda juga boleh rujuk di sini untuk mengumpulkan terjemahan untuk istilah-istilah yang terdapat dalam dokumentasi Vue. Anda dipersilakan untuk memberi cadangan untuk penambahbaikan terjemahan ataupun terjemahan istilah baru.

Panduan

Antara panduan untuk menterjemahkan perkataan dan istilah dalam Vue:

  1. Rujuk DBP sebagai sumber utama. Tekan pautan belah kanan seperti Istilah Bahasa Melayu, Kamus Teknologi Maklumat dan sebagainya untuk mendapatkan konteks yang paling tepat dengan istilah yang ingin diterjemah.
  2. Pilih hanya satu terjemahan daripada DBP yang paling kena dan bunyinya tidak janggal pada telinga. Ingat, terjemahan tersebut harus dekat dengan rakyat.
  3. Sekiranya mampu, elakkan daripada menggunakan terjemahan yang merupakan kata pinjam terus daripada Bahasa Inggeris. Contohnya, untuk kata effective, jangan gunakan efektif, tetapi gunakan berkesan. Untuk efficient, jangan gunakan efisien, tetapi gunakan cekap.
  4. Sekiranya tidak terdapat perkataan lain yang lebih sesuai, barulah guna kata pinjam Bahasa Inggeris. Contohnya, Component -> Komponen, Documentation -> Dokumentasi.
  5. Kurangkan penggunaan imbuhan sekiranya penambahan imbuhan tersebut boleh menambah kekeliruan. Contohnya, rendering boleh diterjemah secara terus kepada pengemasgabungan, tetapi istilah yang dipilih ialah kemas gabung untuk memudahkan pemahaman.
  6. Dalam menterjemah sesebuah frasa ataupun ayat, jangan terjemah bulat-bulat mengikut perkataan. Terjemah frasa atau ayat secara keseluruhan. Kita tak nak terjemahannya bunyi macam Google Translate. Ingat, yang paling penting, pastikan bunyinya kena dengan telinga kita mengikut laras Bahasa Melayu.
  7. Gunakan gaya bahasa yang berada di antara formal dan pasar. Kita nak ayat tersebut tidak berbunyi seperti kitab dan buku teks tebal sampai susah nak faham, tetapi pada masa yang sama kita nak ayat tersebut kekalkan profesionalisme laras bahasa dokumentasi ini. Apapun, yang paling penting, pastikan ayat tersebut senang faham dan mudah dihadam oleh orang ramai.
  8. Untuk istilah yang juga merupakan nama fungsi atau API tersebut, kekalkan namanya. Ini untuk memastikan istilah tersebut senang dirujuk pada contoh kod dalam dokumentasi ini. Pada masa yang sama, letakkan maksudnya dalam kurungan. Contoh, onMounted (ketika dipasang), computed (terhitung). Gunakan peraturan ini secara sederhana dan jangan kekalkan perkataan asalnya terlalu kerap jika mampu.
Terjemahan

(?) menandakan kurang pasti akan terjemahan yang dipilih. Silakan komen dibawah cadangan terjemahan anda dan penambahan istilah baru. Terima kasih!

English Bahasa Melayu Adoptable Mampu diserap Attribute Atribut (guna BI kerana $attrs) Bound Ikat Browser Pelayar Build Bina Build step Langkah bina Build tools Alat bina Command line Garis perintah Component Komponen Computed Terhitung Created Dicipta Declarative Penyataan Documentation Dokumentasi Dependency Tanggungan Deployment Pasang atur Directory Direktori Event listener Pendengar peristiwa Extension Penambah Feature Ciri Framework Kerangka Function Fungsi Hooks Pencangkuk (?) Incrementally Secara berperingkat Install Pasang Instance Tika (?) Interface Antara muka Lifecycle Kitaran hidup Lifecycle hooks Pencangkuk kitaran hidup Mounted Dipasang Packages Bungkusan Playground Tapak Percubaan Production Pengeluaran Properties/Property Sifat Reactive Reaktif Reactivity Kereaktifan Rendering Kemas gabung Shipping Melayari State Keadaan (?) Syntax Sintaks Template (?) Tooling Peralatan Unmounted Dicabut Updated Dikemaskini User interface Antara muka pengguna

RetroSearch is an open source project built by @garambo | Open a GitHub Issue

Search and Browse the WWW like it's 1997 | Search results from DuckDuckGo

HTML: 3.2 | Encoding: UTF-8 | Version: 0.7.4